Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
208) GERAN PELANCONGAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak dan senaraikan penerima geran pelancongan yang telah diperuntukkan dan dibayar kepada pemohon pada tahun 2021 dan 2022?
Geran Bantuan Kewangan Program dan Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor telah mula dibuka pada 23 September 2021 sehingga 31 Mac 2022. Pada tempoh tersebut sebanyak 35 permohonan dari agensi, persatuan, dan syarikat yang layak berjumlah RM648,065.00 telah pun diluluskan.
Senarai 35 agensi, persatuan dan syarikat penerima geran bantuan kewangan program dan aktiviti pelancongan Negeri Selangor adalah seperti yang berikut:-
-
Adakah Program Selangor Community Host akan diteruskan pada tahun 2022 dan 2023?
Program Hos Komuniti Selangor (HKS) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan negeri bagi mempromosikan produk-produk pelancongan yang berasaskan pelancongan komuniti setempat yang terdapat di Negeri Selangor. Selangor merupakan negeri pertama yang melahirkan hos komuniti setempat yang bakal menjadi perinitis bagi negeri-negeri yang lain dalam membantu memperkembangkan kawasan setempat.
Pada tahun 2018 dan 2019 Tourism Selangor telah melahirkan 51 wakil hos komuniti yang merangkumi 6 buah daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sabak Bernam. Terdapat pembuktian bahawa HKS ini sangat aktif dan komited dalam usaha untuk mengetengahkan dan mempromosikan produk-produk tempatan Selangor, tempat-tempat bersejarah dan tempat pelancongan yang sedia ada serta tempat baru diterokai.
Aktiviti HKS ini bukan hanya di lapangan malah mereka juga giat menjalankan aktiviti secara atas talian dan menyediakan platform virtual tour sekitar Selangor ketika pandemik sehingga ke hari ini. Oleh yang demikian, Program Hos Komuniti Selangor akan terus dijalankan pada tahun 2022 dan 2023 di mana pada tahun ini, Tourism Selangor dengan kerjasama pihak MOTAC, UPEN, PBT dan wakil hos akan mempergiatkan proses pembelajaran dan perancangan bagi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti dan pakej ke pasaran domestik dan antarabangsa untuk memperkembangkan lagi program ini kepada semua pihak.
Selain itu, Tourism Selangor akan membawa wakil hos yang memberikan komitmen yang baik untuk di bawa ke lawatan teknikal & sambil belajar di Bangkok, Thailand bagi mendalami ilmu Community Based Tourism di sana. Manakala pada tahun 2023, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor bercadang untuk meneruskan program ini untuk kali ke-3 yang merangkumi penglibatan daripada 6 pihak berkuasa tempatan di mana ianya meliputi anggaran peruntukan sebanyak RM 400,000.00.