Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

35) GERAN MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk menyelenggara jalan-jalan raya. Berapakah peruntukan MARRIS yang diterima oleh kerajaan negeri sejak 2009 sehingga 2011?

    Peruntukan MARRIS yang diterima oleh Kerajaan Negeri sejak 2009 sehingga 2011 adalah seperti berikut :

    TAHUN JUMLAH TERIMAAN (RM)
    2009 315,627,131.00
    2010 351,659,938.00
    2011 sehingga bulan Jun 2011 175,829,970.00
  2. Bagaimanakah prestasi penggunaan geran tersebut?

    Penggunaan peruntukan MARRIS oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berdasarkan peruntukkan yang digariskan oleh Arahan Amanah Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri.

    Prestasi penggunaan geran MARRIS adalah seperti di bawah:

    Baki seperti pada 1 Januari 2009 2010 2011*
    RM RM RM
    67,533,879.91 54,410,565.61 162,460,215.61
    Terimaan 315,627,905.00 351,659,938.00 176,119,959.30
    Penggunaan

    Baki seperti pada 31 Disember

    (328,751,219.30) (243,610,288.00) (56,547,428.27)
    54,410,565.61 162,460,215.61 282,032,746.64

    Nota: * Data bagi Tahun 2011 adalah sehingga 30 Jun 2011.

  3. Apakah geran tersebut digunakan untuk tujuan lain kerana didapati banyak jalan tidak diselenggara dengan baik?

    Tiada tujuan lain bayaran digunakan melainkan bagi membiayai kos yang berkaitan dengan penyelenggaraan semua jalan negeri yang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lampiran

Tiada Lampiran.