Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
221) GERAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan usaha Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan MARRIS untuk baik pulih sistem saliran longkang bagi pencegahan banjir dan denggi.
Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan cadangan projek pembaikan sistem saliran atau longkang menggunakan peruntukan MARRIS. Sebagai makluman, cadangan kerja pembaikan longkang adalah dibenarkan di bawah peruntukan MARRIS selaras dengan Perenggan 11.2, Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) dengan syarat berikut:-
- Saliran atau longkang tersebut berdamping dengan jalan yang didaftar dalam Sistem MARRIS Online;
- Cadangan kerja pembaikan adalah seberapa hampir mungkin dengan keadaan asalnya sebagaimana yang dibina; dan
- Cadangan kerja diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal MARRIS yang diurusetiakan oleh
Agensi Pelaksana boleh melaksanakan kerja-kerja tersebut menggunapakai Siling Peruntukan MARRIS yang diluluskan pada setiap tahun atau memohon kepada pihak Perbendaharaan Negeri sekiranya peruntukan sedia ada tersebut tidak mencukupi.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyalurkan sebahagian peruntukan MARRIS secara "outright grant" supaya agensi pelaksana boleh bertindak cepat terhadap aduan yang diterima?
Sebagai makluman, terdapat empat kaedah penyaluran peruntukan yang dibenarkan di bawah Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) iaitu secara Surat Kelulusan Berbelanja, secara Jurnal, secara Direct Grant dan secara Waran. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan secara Jurnal bagi tiga agensi pelaksana kerana agensi-agensi tersebut menggunakan sistem perakaunan yang sama iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) dan Pejabat Daerah / Tanah. Manakala, peruntukan disalur secara Direct Grant kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana agensi tersebut menggunapakai sistem perakaunan yang berasingan. Kesemua agensi pada asasnya boleh memanfaatkan Siling Peruntukan MARRIS yang diberi secara tahunan untuk bertindak cepat terhadap aduan yang diterima. Di dalam hal ini, agensi yang tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak Perbendaharaan Negeri untuk dipertimbangkan. Justeru, isu peruntukan kewangan tidak seharusnya menjadi satu alasan untuk lewat mengambil tindakan terhadap permasalahan yang menjadi kegusaran rakyat.