Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

92) GERAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setiap tahun kerajaan Persekutuan memberi geran kepada Kerajaan Negeri seperti geran jalan raya, perkapita penduduk dan pembangunan. Berapakah peruntukan geran Kerajaan Persekutuan yang diberi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2008?

    Anggaran terimaan Persekutuan bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM391,764,638.00.
    Walaubagaimanapun, setakat 30 September 2008 Kerajaan Negeri telah menerima
    98.5% daripada anggaran terimaan yang berjumlah RM385,879,593.00.

  2. Adakah sebarang pengurangan peruntukan bagi kerajaan Selangor sejak di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat

    Setakat ini, tiada dasar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi
    mengurangkan geran yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

  3. Beri perbezaan antara geran yang diberi kepada kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2007 berbanding dengan 2008 di atas.

    Tahun 2007 – RM314,280,514.00
    Tahun 2008 – RM385,879,593.00
    *(Berdasarkan jumlah terimaan yang diterima pada akhir bulan 30 September bagi
    kedua-dua tahun.

    Peningkatan jumlah ini adalah disebabkan oleh usaha-usaha mengemaskini data-data
    bagi beberapa pemberian seperti berikut:
    Bil. Jenis Geran
    Peningkatan
    JumlahPemberi
    an (RM)
    i
    Geran Jalanraya berdasarkan Sistem
    Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya
    Malaysia (MARRIS)
    38.53 juta
    ii
    Pemberian 5% bagi Projek Kerajaan
    Persekutuan yang Dijalankan oleh
    Kerajaan Negeri
    9 juta
    iii Pemberian Bilangan Penduduk
    (Capitation Grant) 2.50 juta
    JUMLAH 50.03 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.