Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
13) GERAN INDIVIDU TAMAN MURNI, SEPANG
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status geran individu bagi pemilik premis di Taman Murni, Sepang?
Pejabat Tanah Sepang telah memproses permohonan geran individu di Taman Murni, Sepang. Pada masa ini, Permohonan tersebut dalam tindakan PTG Selangor untuk dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Maklumat Tambahan
- Bilangan lot yang terlibat adalah :-
Bil. Perkara Jumlah Lot 1 Rumah Kediaman 396 2 Rumah Kedai 52 Jumlah 448 - Bilangan permohonan diterima adalah :-
Bil. Perkara Jumlah Lot 1 Rumah Kediaman 280 2 Rumah Kedai 35 Jumlah 315 - Kerajaan Negeri juga telah meluluskan untuk melupuskan tunggakan cukai tanah di Taman Murni sejumlah RM181,127.10 bagi membolehkan permohonan serah dan beri milik semula tanah kepada penduduk/pembeli di Taman Murni, Sepang diproses.
- Pemohon-pemohon hanya dikenakan bayaran premium dan kos ukur tanah seperti berikut :-
Bil. Perkara Premium Bayaran Ukur 1 Rumah Kediaman RM100.00 setiap permohonan RM300.00 setiap lot 2 Rumah Kedai RM100.00 setiap permohonan RM300.00 setiap lot