Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

51) GERAN INDIVIDU TAMAN MURNI, SEPANG

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa pemilik premis telah menjelaskan bayaran premium tanah?

    MMKN Bil. 31/2011 pada 28.062011 telah meluluskan pemberimilikan tanah kepada 315 pemohon bagi tujuan :

    Bangunan Kediaman – 280 lot

    Bangunan Perniagaan – 35 lot

    Kesemua pemohon telah menjelaskan bayaran premium dan lainlain bayaran yang telah ditetapkan dalam tempoh kelulusan 6 bulan dari bukti penyampaian selaras dengan Pek. PTG.Sel. Bil. 6/2011.

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap mereka yang belum menjelaskan bayaran premium?

    Sekiranya bayaran premium tidak dijelaskan selaras dengan Borang Notis 5A di bawah peruntukan Sek. 81 dan 82, KTN dan Pek.PTG.Sel. 6/2011, kelulusan pemberimilikan tersebut akan luput selepas 6 bulan dari tarikh notis diterima oleh pemohon. Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan Sek. 425, KTN diatas kegagalan pemohon menjelaskan premium.

Lampiran

Tiada Lampiran.