Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

8) GERAN AKTIVITI PELANCONGAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah geran aktiviti pelancongan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Geran Bantuan Kewangan Program atau Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor dibawah Pakej Kita Selangor 2.0 telah diluluskan sebanyak RM1 juta. Pemberian geran ini telah diumumkan pada 23 September 2021 dan dibuka kepada pengiat-pengiat industri yang layak dan berdaftar di Negeri Selangor.

     

  2. Adakah pemberian geran aktiviti pelancongan sama rata dan berbeza?

    Adalah dimaklumkan bahawa kaedah pemberian Geran Bantuan Kewangan Kita Selangor ini adalah sebanyak 50% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan penganjuran / penyertaan program / aktiviti pelancongan ATAU mengikut kelayakan maksimum RM20,000 yang mana lebih rendah berdasarkan kepada satu (1) pelaksanaan penganjuran / penyertaan.

     

  3. Senaraikan Persatuan Pelancongan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri serta jumlah dana yang diterima.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui Kempen Pakej Kita Selangor 2.0 telah melaksanakan pemberian Bantuan Kewangan secara One-Off kepada 17 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor yang berjumlah RM255,000 (RM15,000 bagi setiap persatuan).

    Pemberian Bantuan Kewangan yang bertujuan memberi galakkan kepada 17 persatuan pelancongan melaksanakan aktiviti atau program pelancongan bagi meningkatkan semula produktiviti serta pendapatan lebih 1,500 pemain-pemain industri yang berada dibawah naungan mereka ini telah dilaksanakan melalui satu Majlis rasmi secara atas talian pada 9 September 2021 yang disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan & Alam Sekitar Negeri Selangor

    Persatuan pelancongan yang telah menerima bantuan kewangan tersebut adalah seperti berikut :

    BIL PERSATUAN PELANCONGAN
    1. Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA)
    2. Malaysia Inbound Tourism Association (MITA)
    3. Persatuan Agensi Pelancongan Umrah (PAPUH)
    4. Malaysian Chinesse Travel Association (MCTA)
    5. Malaysian Indian Tour & Travel Association (MITTA)
    6. Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA)
    7. Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)
    8. Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Selangor Chapter
    9. Malaysian Association Of Hotel Owners (MAHO)
    10. Persatuan Hotel Budget Malaysia (Mybha) Selangor Chapter
    11. Persatuan Homestay Negeri Selangor
    12. Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Selangor (STGA)
    13. Persatuan Penggalakkan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA)
    14. Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM)
    15. Majlis Pelancongan Malaysia (MTC)
    16. Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA)
    17.
    Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan & Pengusaha Bas Malaysia (GAPP BAS MALAYSIA)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.