Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

44) GERAKAN SYIAH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan sejarah, perkembangan dan status semasa gerakan Syiah di Selangor?

    Sejarah gerakan Syiah di Negeri Selangor berkait rapat dengan tiga (3) kumpulan Syiah yang telah lama wujud khususnya di negeri ini. Tiga kumpulan tersebut iaitu:

    i.    SYIAH TAIYIBA BOHRA (DAWOOD BOHRA)

    Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. mereka masih bergerak aktif menggunakan nama “Persatuan Dawoodi Bohra Muslim Selangor”, di alamat, Taieyebi Park, Pusat Kebudayaan 1467 Lorong Pokok Sakat 1, Off Jln Dato’ Dollah, 41100 Klang. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini juga mempunyai tanah perkuburan dan madrasahnya sendiri. Anggaran pengikutnya adalah seramai 200 hingga 400 orang.

    ii.  SYIAH ISMAILIAH AGHA KHAN

    Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Klang. Mereka juga tidak bergerak aktif dan jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

    iii. SYIAH JA’FARIYAH @ IMAMIAH ITHNA ASSAYARIYYAH. (IMAM DUA BELAS)

    Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke Negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan samaada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

    Anggaran Pengikut yang aktif sebanyak 200-300 orang di Selangor.

  2. Apakah fatwa negeri yang pernah dikeluarkan?

    Fahaman Syiah telah difatwa bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan diwartakan pada tahun

    Sighah fatwa tersebut telah dipinda dan diwartakan pada 17 Oktober 2013 agar dapat menyekat pengembangannya sehingga ke akar umbi serta membawa mereka yang berfahaman Syiah kembali dengan menghayati arus perdana ajaran Islam.

  3. Sejauh manakah ajaran ini mengancam masyarakat?

    Setelah difatwakan pada tahun 1998, gerakan syiah bergerak secara senyap dan diamalkan secara individu. Namun sejak tahun 2009 sehingga kini, JAIS telah menerima aduan bahawa kumpulan ini telah menyebarkan fahaman syiah kepada masyarakat Islam sekitar Gombak khususnya secara terbuka. Selain itu juga, mereka mempunyai markaz utama untuk berkumpul dan mengamalkan fahaman syiah secara

    Antara gejala-gejala yang timbul akibat dari ajaran Syiah ini ialah :

    1. Wujudnya kes kahwin Mut’ah
    2. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah di masjid dan surau di negeri Selangor, laman-laman web dan sebagainya secara
    3. Wujudnya sokongan dan golongan tertentu kepada pengaruh
    4. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan
    5. Wujudnya ketidakharmonian di kalangan Masyarakat

    Sanario ini jika dibiarkan tanpa ada sekatan dan kekangan daripada semua pihak, maka ia akan memberi ancaman terhadap akidah dan perpaduan umat Islam di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.