Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
77) GERAI UNTUK PENIAGA KECIL
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Gerai -gerai berniaga yang dibina oleh PKNS untuk peniaga keeil adalah dijual dengan harga RM 58,000. Senaraikan bilangan gerai yang dibina dengan bilangan yang sudah dibeli oleh peniaga kecil ?
Kedai telah dibina : 85 unit
Telah dijual : 45 unit
Baki : 40 unit -
Apakah langkah Kerajaan Negeri menetapkan harga siling yang kurang daripada RM 58,000 bagi gerai sedemikian agar ianya mampu dibeli oleh peniaga kecil ?
Pengurangan harga telah diberikan daripada RM58,000.00 kepada
RM50,000.00. -
Demi menambahkan pendapatan golongan berpendapatan rendah yang menduduki PPRT , apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap memulakan suatu program mengadakan gerai bergerak di bawah setiap perumahan PPRT untuk membolehkan penduduk PPRT berniaga?
Kerajaan Negeri komited dalam membantu meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah. Berbagai-bagai-bagai program telah diadakan untuk tujuan ini, antaranya program Blueprint Pembasmian Kemiskinan iaitu bantuan mesin/peralatan untuk memulakan perniagaan, bantuan rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin dan kedai I gerai yang mampu di sewa untuk berniaga.
Cetusan idea program mengadakan gerai bergerak adalah baik, namun
beberapa faktor perlulah diberi perhatian seperti berikut :-i) Reka bentuk Gerai
la perlulah bersesuaian dengan jenis kenderaan yang akan digunakan
seperti motosikal atau kereta yang boleh membawa dan mengalihkan
gerai tersebut. la juga perlu mengambil kira penggunaannya sama ada ia
digunakan oleh golongan berpendapatan rendah untuk berniaga di pasar
malam.ii) Kos dan Bentuk Pemilikan
Kos kedai bergerak ini perlulah berpatutan bagi golongan ini sama gerai
ini akan dijual atau disewakan kepada mereka. Sekiranya dijual, maka
harganya perlulah mampu dibeli oleh golongan ini dan begitu juga
sekiranya untuk disewa, harga sewaan perlulah mampu dibayar oleh
mereka.iii) Jenis Perniagaan
la juga perlu mengambil kira jenis perniagaan seperti makanan mentah,
makanan yang telah siap dimasak, dimasak di tapak perniagaan atau
sebagainya.iv. Tempat Meletak Gerai Bergerak di Kawasan PerumahanPPRT
Faktor ini juga perlu diberi perhatian seperti dikhaskan tempat yang di
kawasan rumah PPRT bagi mengelakkan kekurangan tempat letak kereta
di kawasan perumahan PPRT.Walau bagaimanapun, program gerai bergerak ini telah pun dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor yang diberikan kepada penerima bantuan zakat. Contohnya di daerah Kuala Langat, dua (2) peserta yang tinggal di penempatan PPRT Desa Ehsan, Jugra telah diberikan bantuan dalam bentuk lori kecil untuk memulakan perniagaan makanan bergerak secara kecil-kecilan di sekitar kawasan masing-masing. Usaha ini telah membantu mereka dalam menambah pendapatan dan seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan.