Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

226) GERAI TEPI JALAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah tahap keselamatan penjaja di tepi jalan ini?

    Penjaja di tepi jalan mempunyai tahap risiko keselamatan yang tinggi dan boleh membahayakan pengunjung dan peniaga. Kebanyakan penjaja di tepi jalan ini merupakan penjaja yang tidak memiliki permit penjaja sementara yang di keluarkan oleh pihak majlis. Kelulusan tidak diberikan kerana PBT amat menitikberatkan tahap keselamatan terutamanya penjaja di tepi jalan sama ada keselamatan peniaga mahupun keselamatan orang awam. Oleh itu, sebelum permohonan diluluskan, PBT akan mengenalpasti kesesuaian lokasi sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan permit.

  2. Adakah PBT memantau gerai-gerai ini dan apakah nasihat yang diberikan kepada mereka?

    PBT sering memantau gerai-gerai yang berada di dalam kawasan pentadbirannya dengan mengenakan tindakan notis, kompaun dan sitaan kepada mana-mana penjaja yang gagal mematuhi syarat-syarat PBT seperti yang terkandung di dalam undang-undang kecil penjaja 2007. PBT juga sentiasa menasihatkan agar berpindah ke lokasi yang sesuai dan selamat.

  3. Adakah PBT mengambil tindakan kepada peniaga yang bukan warganegara Malaysia dan sejauh mana penguatkuasaan lesen perniagaan di titik-beratkan?

    PBT sentiasa menitikberatkan penguatkuasaan terhadap peniaga warga asing yang mengusahakan gerai haram. Antara tindakan yang boleh diambil ialah:-

    1. PBT mengadakan operasi bersepadu di antara PBT, Pejabat Daerah Tanah dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengambil tindakan pencerobohan peniaga warga asing yang mengusahakan premis-premis haram contohnya di Jalan Teratai Meru serta Gerai Haram di Bandar Sultan Suleiman , Pelabuhan Klang;

     

    1. Tindakan sitaan ke atas peralatan perniagaan peniaga tersebut sekiranya terbukti; dan

     

    • Tindakan perobohan dilakukan sekiranya mereka berniaga di gerai atau struktur yang didirikan tanpa kebenaran

     

    1. Tindakan kepada pengusaha gerai yang menyewakan gerai mereka kepada warga asing ialah sekiranya terbukti, pengusaha akan dikenakan kompaun oleh PBT dan permit akan dibatalkan serta akan menyita premis dan peralatan

Lampiran

Tiada Lampiran.