Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
151) GERAI HARAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Percambahan gerai tanpa lesen dan kebenaran PST amat berleluasa sejak akhir-akhir ini, khususnya di Bandar Utama Batang Kali, Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Apakah tindakan kerajaan Negeri kepada peniaga-peniaga ini?
Kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap gerai-gerai tanpa izin di kawasan terbabit. Gerai-gerai di kawasan ini yang tidak berada dalam bancian gerai tanpa izin MDHS sebelum ini akan dirobohkan. Gerai-gerai yang berada dalam bancian gerai haram sebelum ini akan diselesaikan secara pemberian lesen sementara atau pemindahan ke gerai-gerai majlis.
-
Apakah usaha daripada kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
Kerajaan Negeri telah menjalankan bancian peniaga-peniaga gerai tanpa lesen
pada tahun 2007 selaras dengan dasar Gerai Haram Sifar kerajaan sebelum ini.
Sebanyak 638 orang daripada jumlah yang dibanci akan ditempatkan di gerai-gerai yang dibina oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di sepuluh PST. Baki gerai tanpa lesen akan diselesaikan oleh PST secara pemindahan ke gerai-gerai majlis, pemberian lesen sementara kepada perniagaan yang tidak
menimbulkan kacau ganggu dan tindakan roboh. -
Data bilangan peniaga haram di Selangor
Data bilangan gerai haram mengikut PST adalah seperti jadual di bawah: