Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
29) GERAI-GERAI PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah ambil untuk menyelesaikan masalah gerai-gerai haram?
Bagi menyelesaikan gerai-gerai haram ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah membuka beberapa zon kawasan penjaja dan melesenkan semula penjaja yang berada di kawasan yang bersesuaian. PBT juga telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas gerai-gerai haram termasuk:
- Tindakan kompaun;
- Tindakan notis;
- Tindakan sitaan dan pindah alih;
- Tindakan perobohan;
- Tindakan pendakwaan; dan
- Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Bangunan dengan berdasarkan:
- Undang-undang kecil (UUK) Penjaja 2007, Peruntukan (3) “iaitu tindakan ke atas aktiviti perniagaan tanpa lesen daripada pihak berkuasa (Majlis)” dan Peruntukan (42) “memberi kuasa penyitaaan ke atas semua barangan dan peralatan ”
- Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 70 (1)” iaitu tindakan ke atas binaan (bangunan) yang dibina tanpa kebenaran pihak.
-
Nyatakan jumlah gerai-gerai milik mengikut PBT.
PBT Jumlah gerai yang telah dibina sejak tahun 2008 MBSA 36 lokasi : 624 unit MBPJ 63 lokasi : 1,261 unit MPK 767 unit MPAJ 15 lokasi : 352 unit MPSJ 322 unit MPS 2,322 unit MPKj 489 unit MPSp 408 unit MDKL 1,482 unit termasuk petak Pasar Awam dan Pasar Pagi MDHS 5 lokasi : 86 unit MDKS 46 lokasi : 266 unit MDSB 1,288 unit premis merangkumi kedai, kiosk, pasar awam -
Nyatakan gerai-gerai PBT yang telah dibina sejak tahun 2008.
Sama seperti di SUB (b)