Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
247) GERAI-GERAI HARAM DALAM KAWASAN PBT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah gerai-gerai ini mempunyai lesen perniagaan
Gerai-gerai haram tidak mempunyai lesen perniagaan.
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk menyusun semua gerai-gerai ini
Bagi gerai-gerai yang didirikan secara haram, pihak PBT ada menyediakan pusat- pusat penjaja khas, gerai dan kiosk dan mereka diarahkan untuk berpindah ke tapak yang telah disediakan mengikut kekosongan.
-
Bagaimana pihak Kerajaan dapat membantu peniaga-peniaga gerai-gerai ini .
Pihak PBT membantu peniaga-peniaga ini dengan mengeluarkan lesen bagi memastikan golongan peniaga tersebut dapat menjalankan peniagaan tanpa halangan dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT dan menawarkan lot-lot gerai yang masih kosong untuk menjalankan perniagaan secara sah. Sesetengan PBT telah mensyaratkan kepada setiap pemaju untuk menyediakan tapak penjaja minima 2% dari luas tapak cadangan pembangunan semasa kelulusan kebenaran merancang. Berkenaan insentif modal atau peruntukkan kewangan, terdapat agensi-agensi yang berkaitan secara langsung memberi kemudahan ini sebagai contoh MIMBAR, Pembiayaan Mikro Kredit dan lain-lain.