Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

212) GERAI DI TEPI JALAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu peniaga gerai di tepi jalan?

    Antara usaha Kerajaan Negeri melalui PBT adalah PBT akan mengkaji permohonan lesen penjaja di tepi jalan sama ada ia boleh diluluskan mahupun ditolak melihat kepada kesesuaian lokasi yang dimohon. Penjaja-penjaja ini juga adalah digalakkan untuk memohon di tapak penjaja sementara yang disediakan selain memberi peluang berniaga di pasar malam dan pasar pagi dalam kawasan pentadbiran PBT tertakluk kepada kekosongan. PBT juga mengadakan tempat perniagaan gerai setempat (Food Court) seperti penyusunan semula penjaja dan membuat perancangan dengan mengadakan tapak peniaga kecil dalam kawasan perumahan

  2. Nyatakan bantuan-bantuan yang kerajaan negeri sediakan kepada peniaga gerai di tepi jalan?

    Bantuan yang boleh diberikan kepada penjaja di tepi jalan ialah boleh dilaksanakan dalam bentuk memudahkan permohonan pengeluaran lesen kepada penjaja-penjaja ini bagi memastikan mereka dapat menjalankan perniagaan di kawasan yang dipohon. Walau bagaimanapun, lokasi yang dipohon mestilah berada di lokasi yang sesuai, tidak membahayakan pengunjung dan peniaga dan tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tidak mengganggu gugat orang

Lampiran

Tiada Lampiran.