Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
314) GERAI DAN KIOSK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
6 buah PBT iaitu MBPJ, MPK, MPAJ, MPKj, MPSp dan MDHS menyatakan tiada pembinaan gerai dan kiosk baharu untuk peniaga kecil dari 2008 - 2013. Kenapakah perkara ini berlaku?
Kebanyakan pembinaan gerai-gerai atau kiosk sebelum ini menggunapakai peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan. PBT hanya memperuntukkan perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan sahaja. Disamping itu, PBT perlu memastikan kawasan pembinaan gerai-gerai atau kiosk adalah bersesuaian bagi mengelakkan pembinaan gerai dan kiosk yang dibina oleh PBT tidak diduduki apabila siap dibina.
-
Sejauh mana keseriusan kerajaan dalam membela nasib peniaga kecil?
Kerajaan Negeri amat serius dalam membela nasib peniaga kecil. Peniagapeniaga kecil dibantu melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) antaranya Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) serta pelbagai bentuk bantuan lain.
-
Adakah kerajaan berhasrat membina gerai dan kiosk berkenaan pada masa hadapan?
Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk membina gerai atau kiosk buat masa ini.