Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

373) GERAI ATAU KEDAI MPS DI BANDAR TASIK PUTERI

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ramai peniaga di Bandar Tasik Puteri berniaga di tepi jalan kerana tidak mampu membayar sewa kedai yang sangat tinggi. Adakah MPS mempunyai perancangan untuk membina gerai atau kedai sewaan bagi membolehkan peniaga berniaga di tapak kekal?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Perbandaran Selayang telah mempunyai perancangan untuk membina tapak penjaja dan MyKiosk di Bandar Tasik Puteri seperti berikut :

    1. Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri – 15 Petak
    2. Green Valley – 14 Petak
    3. MyKiosk – 7 Unit

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun 2023, pihak Majlis telah merancang bagi pembinaan tapak penjaja sebanyak 95 petak di tanah kawasan lapang MPS bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Walau bagaimanapun, terdapat bantahan daripada Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) sekolah tersebut bagi pembinaan tapak penjaja di kawasan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.