Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
177) GEOPARK DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Dusun Tua terlibat untuk dibangunkan
sebagai calon `geopark'?Untuk makluman Yang Berhormat, Dusun Tua merupakan salah satu kawasan yang terlibat semasa proses penilaian Geopark Kebangsaan pada tahun 2022 yang lalu. Geotapak yang terdapat di kawasan ini adalah Kompleks Mata Air Panas Dusun Tua. Geotapak ini mempunyai penghasilan air panas sekitar 40 – 70 darjah celsius dan merupakan lokasi rekreasi penduduk setempat.
-
Dimanakah kawasan-kawasan di Dusun Tua
yang telah dicadangkan untuk diwartakan
sebagai `geopark'?Tiada cadangan untuk mewartakan kawasan lain di Dusun Tua sebagai geotapak buat masa ini.