Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
9) GENIUS HAFIZ AL-QURAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengambil pelajar-pelajar 9A+ ke atas bagi menjalani program genius hafiz Al-Quran.
Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan program Huffaz Profesional sejak tahun 2021. Lima (5) orang murid keluaran Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) dipilih untuk menerima biasiswa YAB Dato’ Menteri Besar / Kerajaan Negeri Selangor. Syarat murid yang dipilih mestilah 9A+ ke atas. Setakat ini ada dua (2) universiti yang telah menerima murid-murid cemerlang ini iaitu Universiti Tenaga Malaysia (UNITEN) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kerajaan negeri akan kembangkan program seumpama ini kepada universiti lain di dalam negara.
-
Menentukan modul latihan hafiz genius dan dari mana guru-guru mendapat latihan mereka.
Modul latihan kepada pelajar hufaz ini adalah di bawah tanggungjawab universiti-universiti berkaitan. Terdapat juga kerjasama antara UNITEN dan UIA dengan Darul Quran JAKIM dalam membangunkan modul yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut.
Kerajaan Negeri melalui JAIS juga bersedia untuk mengkaji bagi meningkatkan keupayaan pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang dan kemahiran selain dalam masa yang sama terus dapat mengekalkan hafalan 30 juzuk.