Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

32) GENERASI KEDUA FELDA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah projek perumahan generasi Felda Soeharto tidak mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri sedangkan projek ini membantu generasi kedua memiliki rumah?

    Tiada

  2. Mengapakah Kerajaan Negeri belum melaksanakan kerja pembinaan rumah generasi Felda Sg. Tengi Selatan sedangkan majlis pecah tanah telah lama dijalankan?

    Projek perumahan generasi kedua Felda Sg. Tengi Selatan, Daerah Hulu Selangor adalah merupakan sebuah projek inisiatif Kerajaan Negeri yang dimajukan oleh PKNS. Projek ini meliputi pembangunan sejumlah 136 unit Rumah Berkembar Satu Tingkat yang mana Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuhnya kos pembangunan infrastruktur yang dianggarkan berjumlah RM7.65

    Berikut adalah status semasa dan sasaran bagi kelulusan yang berkaitan dengan cadangan pembangunan perumahan generasi kedua Felda Sg. Tengi Selatan :

    Kontrak projek ini telah ditawarkan kepada TTK Enterprise Sdn. Bhd melalui Surat Setuju Terima Tender bertarikh 15 September 2016 dengan penyerahan tapak telah dibuat pada 30 September

    Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Bersyarat telah diperolehi dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada 05 Mei

    • Kelulusan KM Penuh dari MDHS telah diperolehi pada 12 September 2017.
    • Permohonan kelulusan Pelan Pra-Hitungan telah dikemukakan ke MDHS pada 02 Oktober 2017 dan dalam tindakan
    • Permohonan kelulusan Pelan Kerja Tanah serta Pelan Jalan & Perparitan telah   dikemukakan ke    MDHS pada    20    Oktober  2017 dan dalam tindakan
    • Permohonan kelulusan bangunan telah dikemukakan ke MDHS pada 19 Oktober 2017 dan dalam tindakan semakan dan kelulusan
    • Permohonan permit bangunan sementara telah dikemukakan ke MDHS pada 19 Oktober 2017 dan dalam tindakan semakan dan kelulusan
    • Kerja-kerja pembersihan tapak telah dimulakan kontraktor pada 03 Ogos 2017 dan telah disiapkan pada 18 Ogos

    Sasaran untuk kerja pembinaan dimulakan di tapak adalah pada akhir November

Lampiran

Tiada Lampiran.