Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
51) GENDER DAN BELANJAWAN RESPONSIF GENDER
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri Selangor dalam advokasi gender?
Kerajaan Negeri pada ketika ini telah mula menyerapkan advokasi gender atau pembelaan dan perlindungan kepada wanita di dalam aspek perundangan secara berperingkat. Ini dimulakan dengan adanya program One Stop Crisis Center (OSCC) bagi melindungi kaum wanita daripada keganasan dan
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Program Women Againts Crime (WAC) bagi kesedaran awam terhadap jenayah terhadap wanita yang perlu diperangi dan dihentikan. Dan Kerajaan Negeri akan merangka lain- lain program advokasi gender di masa akan datang.
Namun begitu perlindungan yang khusus di bawah aspek perundangan, Kerajaan Negeri akan merangka program yang memberikan pendedahan dan nilai tambah kepada kaum wanita agar mereka lebih mengetahui hak dan bentuk-bentuk pembelaan mahupun perlindungan di bawah perundangan sedia ada.
-
Sehubungan dengan konsep gender, adakah kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan belanjawan responsif gender (GRB)?
Ini merupakan antara agenda besar dan komitmen kita dalam mengarusperdanakan gender di peringkat Kerajaan Negeri selaras dengan Agenda wanita
-
Jika ada, berapakah jumlah belanjawan yang diperuntukkan untuk advokasi gender dan GRB?
Buat masa ini Kerajaan Negeri masih dalam peringkat kajian bagi membolehkan proses pengumpulan data dan analisa