Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

152) GELANGGANG FUTSAL

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah gelanggang futsal yang dibina di seluruh Selangor sehingga Disember 2019?

    Kerajaan Negeri amat menitikberatkan aspek pembangunan sukan dan sangat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor. Justeru itu, penyediaan kemudahan sukan untuk menggalakkan penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti kesukanan tidak pernah diabaikan.

    Jumlah gelanggang futsal yang dibina di seluruh Selangor sehingga Disember 2019 di bawah pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) adalah sebanyak 198 buah gelanggang manakala di bawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebanyak 320 buah gelanggang sebagaimana jadual di bawah :-

  2. Berapakah jumlah gelanggang futsal untuk DUN Sungai Air Tawar?

    Untuk makluman, jumlah gelanggang futsal untuk DUN Sungai Air Tawar adalah sebanyak 12 buah gelanggang dan semuanya terletak di atas tanah kerajaan. Gelanggang-gelanggang tersebut masih digunakan oleh orang awam terutamanya di kalangan generasi muda bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kesukanan. Senarai gelanggang tersebut adalah seperti di bawah:-

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan gelanggang tersebut diurus dan digunakan sebaik mungkin?

    Penyediaan kemudahan sukan untuk kegunaan latihan dan persiapan para atlet sebelum menyertai kejohanan dan juga untuk menggalakkan penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti kesukanan amat dititikberatkan dalam usaha untuk memartabatkan aspek kesukanan di samping melahirkan golongan generasi muda yang sentiasa aktif, sihat dan cergas.

    Untuk makluman, sebagai langkah bagi memastikan gelanggang tersebut diurus dan digunakan sebaik mungkin, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2,240,000.00 sejak tahun 2012 sehingga kini untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Kerajaan Negeri juga dari masa ke semasa berusaha mengumpul data dan status semasa tahap kemudahan sukan di Selangor dalam usaha untuk memastikan kemudahan tersebut dapat dinaiktaraf sesuai dengan keperluan untuk tujuan aktiviti sukan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, projek-projek pembangunan infrastuktur sukan akan diutamakan kepada kemudahan-kemudahan sukan yang kritikal dan perlu dinaiktaraf segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.