Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

12) GELANGGANG FUTSAL RAKYAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak gelanggang futsal rakyat yang telah dibina dan dinaiktaraf oleh kerajaan negeri dari tahun 2008 - 2013. Sila senaraikan mengikut daerah

    Dari tahun 2008 sehingga 2013, Kerajaan Negeri telah melaksanakan sembilan puluh lapan (98) projek pembinaan gelanggang futsal melalui pembangunan Infrastruktur Perincian senarai projek pembinaan gelanggang futsal yang telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga 2013 mengikut daerah adalah seperti di LAMPIRAN A.

  2. Berapa kos yang telah digunakan untuk pembinaan tersebut ?

    Dari tahun 2008 sehingga 2013, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM 10,335,587.57 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Juta Tiga Ratus Tiga Puluh Lima Ribu Lima Ratus Lapan Puluh Tujuh dan Sen Lima Puluh Tujuh Sahaja) bagi pembinaan gelanggang futsal baru.

  3. Adakah kerajaan negeri menyediakan dana bagi penyelenggaraan gelanggang terbabit. Jika ada berapakah jumlahnya?

    Kerajaan Negeri ada menyediakan peruntukan tahunan untuk menaiktaraf/membaikpulih infrastruktur sukan termasuk gelanggang Bagi tahun 2014, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM800,000.00. Walau bagaimana pun sekiranya terdapat keperluan, peruntukan tambahan akan diberikan bagi infrastruktur sukan ini diselenggara dengan lebih sempurna.

    RINGKASAN JUMLAH BILANGAN PROJEK PEMBINAAN GELANGGANG FUTSAL BERSERTA KOS MENGIKUT DAERAH

     

     

     

     

    Bil Daerah Bil. Projek Jumlah Keseluruhan (RM)
    2008 – 2013
    1 Petaling 7 922,350.00
    2 Hulu Langat 9 1,546,214.77
    3 Sepang 15 1,274,928.00
    4 Kuala Selangor 5 749,008.20
    5 Gombak 20 2,395,300.06
    6 Klang 11 1,003,264.10
    7 Hulu Selangor 8 817,304.75
    8 Kuala Langat 17 1,291,257.79
    9 Sabak Bernam 6 335,959.90
    Jumlah 98 10,335,587.57

     

Lampiran

Tiada Lampiran.