Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
129) GELANGGANG FUTSAL OKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan lokasi terdapatnya gelanggang futsal bagi OKU cacat penglihatan di seluruh Selangor
Tiada.
-
Adakah Kerajaan bercadang membina gelanggang futsal mesra untuk OKU cacat penglihatan bertaraf dunia?
Buat masa ini tiada permintaan berhubung cadangan membina gelanggang futsal mesra untuk OKU cacat penglihatan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan dan permohonan yang diterima daripada PBT atau agensi berkaitan perkara ini boleh diberi pertimbangan sewajarnya.
-
Adakah Kerajaan merancang untuk membantu OKU cacat penglihatan untuk mengurus gelanggang dan perlawanan futsal sesama mereka?
Sama seperti di SUB(a)