Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
13) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah gelanggang futsal di seluruh Negeri Selangor mengikut DUN?
Kerajaan Negeri amat menitikberatkan aspek pembangunan sukan dan sangat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor. Justeru itu, penyediaan kemudahan gelanggang futsal untuk menggalakkan penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti kesukanan tidak pernah diabaikan.
Untuk makluman, keperluan pembaikan kemudahan sukan di peringkat Dewan Negeri adalah bagi memastikan kemudahan sukan yang telah rosak dapat dinaiktaraf untuk digunakan oleh masyarakat setempat. Kemudahan ini boleh digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kesukanan dan riadah bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan berdaya saing.
Bermula 2013 sehingga 2019 terdapat 119 bilangan gelanggang futral telah dibaikpulih dan kos keseluruhannya berjumlah RM2,640,548.85.
Senarai projek gelanggang futsal yang dibaikpulih bagi tahun 2013 sehingga 2019 adalah seperti di Lampiran.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?
Jawapan seperti di Sub Soalan A