Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
150) GELANGGANG FUTSAL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membangunkan semula gelanggang-gelanggang futsal yang uzur di kawasan DUN Sungai Air Tawar?
Majlis Daerah Sabak Bernam telah membaikpulih gelanggang oleh MDSB di kawasan DUN Sungai Air Tawar dari tahun 2019 dan masih berada dalam keadaan baik dan aktif digunakan.
-
Nyatakan jumlah gelanggang futsal milik Kerajaan Negeri yang masih aktif.
Terdapat tiga unit gelanggang futsal di bawah penyelenggaraan MDSB.
1) Dewan Sri Bernam, Sungai Besar;
2) Dewan Dato Fauzi, Pasir Panjang; dan
3) Balai Raya Taman Berjaya, Sabak Bernam.