Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
121) GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kos diperlukan untuk bina sesebuah gelanggang bola keranjang berbumbung di negeri Selangor;
Pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung adalah berbeza-beza mengikut spesifikasi dan reka bentuk. Secara purata anggaran kos pembinaan adalah antara RM150,000.00 hingga RM500,000.00.
-
Nyatakan di setiap daerah selepas tahun 2008 berapakah bola keranjang berbumbung telah dibina berserta butir-butir lokasi dan tahun pembinaannya
Sehingga Disember 2014, 6 buah gelanggang bola keranjang telah dibina dan sebuah lagi di daerah Kuala Langat sedang menunggu kelulusan Kerajaan Negeri. Butiran lokasi adalah seperti berikut:-
PBT Jumlah Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Kos Pembinaan
(RM)
Lokasi / Tahun Pembinaan MPK 2 370,000.00 Pandamaran (2010) dan di Taman Eng Ann (2014). MPSJ 3 460,000.00 i) Jln Indah 2, Tmn Universiti Indah ii) Jln SK6/1,Seri Kembangan
iii) Jln SK 8/9, Seri Kembangan
MDKL 1 (menunggu kelulusan Kerajaan Negeri) 500,000.00 Teluk Bunut (Cadangan) MDSB 1
200,000.00 Jalan 4,Bagan -
Mengapakah bola keranjang berbumbung di depan Balai Raya Telok Bunut Jalan Telok Bunut Banting tidak dibina walaupun B.Q telah dihantar oleh YDP Majlis Daerah Kuala Langat?
Merujuk status pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung di depan balai raya Telok Bunut, Jalan Teluk Bunut Banting, YDP MDKL memaklumkan pihaknya masih menunggu kelulusan Kerajaan Negeri dan permohonan telah dibuat melalui MBI.