Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

143) GEJALA SOSIAL REMAJA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kes-kes gejala sosial yang melibatkan remaja di Selangor pada tahun 2010, 2011 dan 2012?

    Kes-kes gejala sosial (jenayah) yang melibatkan Remaja di Negeri Selangor ialah kes-kes seperti Jenayah Kekerasan dan Jenayah Harta Benda. Di bawah jenayah kekerasan ialah bunuh, rogol, cabul kehormatan,samun/samun bersenjata api, samun tanpa senjata api, pemerasan, ugutan, jenayah, merusuh dan mendatangkan cedera. Manakala Jenayah Harta Benda ialah curi/ ragut dan pecah rumah. Statistik gejala sosial yang melibatkan remaja di Negeri Selangor adalah seperti berikut :

    STATISTIK GEJALA SOSIAL (JENAYAH) MELIBATKAN REMAJA

    TAHUN 2010 2011 2012
    Jumlah Kes 2915 1811 795

    14.3%

    **Sumber : Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor

    Kes-kes gejala sosial berkaitan dadah yang melibat Pelajar Sekolah yang Positif

    Ujian Saringan Air Kencing bagi tahun 2010 Hingga 2012. Statistik adalah seperti berikut :

    TAHUN 2010 2011 2012
    Jumlah Kes 93 75 71

    Data Orang Kena Pengawasan  ( OKP ) yang terlibat dengan Dadah dan dikategorikan sebagai Remaja di Negeri Selangor tahun 2010 hingga 2012. Statistik adalah seperti berikut :

    TAHUN 2010 2011 2012
    Jumlah Kes 448 346 316

    ** Sumber :  Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor40

  2. Apakah bentuk langkah-langkah yang akan diambil bagi mengatasi masalah gejala sosial ini?

    Langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah seperti berikut:

    Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor 2013 hingga 2017:

    1. Memberi fokus kepada lima (5) indikator pelaksanaan iaitu Pendidikan, Pencegahan, Pencelahan, Pemulihan dan Penguatkuasaan.
    2. Penyelesaian masalah secara holistik iaitu pendidikan, kewangan, pentadbiran, sosial dan agama.
    3. Pelaksanaan program menangani gejala sosial dilaksanakan melalui Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri, dan di peringkat daerah Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial daerah.
    4. Menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) untuk menangani gejala sosial yang sistematik  dan sehingga Mei 2013 Standard Operating Procedure (SOP)  hampir  90% siap.
    5. Pusat Sehenti ini berperanan sebagai medium perhubungan di antara penduduk setempat dengan jabatan /agensi kerajaan yang berkaitan.
    6. Menyediakan Sistem Pengurusan Sosial E-GeMS yang telah dilancar oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor dan sistem ini berperanan untuk merekodkan semua data sosial Negeri Selangor di dalam satu sistem pangkalan data yang sistematik dan teratur serta mudah diakses.
    7. Kempen Anti Zina telah dijalankan yang melibat 9 daerah di Negeri Selangor. (Rujuk lampiran 1).

    Lampiran 1

    1. PROGRAM KEMPEN ANTI ZINA

    Statistik OKT Program Kempen Anti Zina sepanjang 2010 hingga 2012

    DAERAH KEKERAPAN PROGARAM    
    SIRI 2 SIRI 3 SIRI 4 SIRI 5 SIRI 6 SIRI 7 SIRI 8 Jumlah
    PETALING 28 25 36 20 10 40 10 169
    KLANG 6 7 12 21 28 14 28 116
    KUALA LANGAT 4 4 9 4 1 12 34
    KUALA SELANGOR 2 2 18 3 2 3 4 34
    GOMBAK 24 14 7 37 10 14 106
    SEPANG 12 12 3 5 6 9 47
    HULU LANGAT 40 4 12 12 10 12 10 100
    SABAK BERNAM 2 2 1 4 2 2 13
    HULU SELANGOR 1 1 10 2 49 63
    JUMLAH 118 71 99 116 63 121 118 683
    1. Berdasarkan kepada jadual di atas jumlah kes tangkapan semasa pelaksanaan Kempen Anti Zina  dari tahun 2010 hingga 2012 sebanyak 683 kes.
    2. Mengikut statistik 2010-2012 Daerah Petaling mencatatkan jumlah kes tangkapan paling tinggi berbanding daerah lain sebanyak 169 kes.

Lampiran

Tiada Lampiran.