Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
68) GEJALA SOSIAL AKIBAT COVID-19
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah gejala sosial yang berbangkit akibat pandemik COVID-19?
Antara gejala sosial yang berbangkit akibat pandemik Covid-19 adalah seperti berikut:
i. Penderaan kanak-kanak
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan kebajikan Masyarakat Selangor (JKM), jumlah kes penderaan dan pengabaian bermula Mac 2020 sehingga Mac 2021 berjumlah 1,910 kes. Jenis penderaan yang direkodkan melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian. Maklumat seperti Jadual berikut:
ii. Jenayah indeks gejala sosial
Berdasarkan statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor, berlaku jenayah indeks gejala sosial melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda dalam tempoh pandemik bagi tahun 2020 dan 2021 seperti berikut:
iii. Masalah kekeluargaan dan kesihatan mental
Berdasarkan analisis data dari Pusat Kaunseling Selangor (PKS), terdapat peningkatan kepada permintaan sesi kaunseling sepanjang tempoh pandemik covid-19 terutamanya sesi secara atas talian. Antara aduan masalah yang diterima oleh PKS ialah:
i. Keretakan hubungan suami isteri dan anak-anak; dan
ii. Psikopatologi – isu berkaitan kesihatan mental, psikologi abnormal (tekanan, kemurungan, kebimbangan dan lain-lain)Berikut adalah data e-sharing yang menunjukkan peningkatan jumlah klien yang diperolehi melalui sistem e-psy selangor seperti berikut:
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani gejala sosial tersebut?
menangani masalah gejala sosial secara menyeluruh. Antara tindakan dan inisiatif kerajaan ialah dengan mewujudkan strategi dan program-program seperti berikut:
1. Program Pakej Kita Selangor yang memberi fokus kepada tiga (3) strategi utama iaitu:
a) Strategi 1: Menjaga Kebajikan Dan Kelangsungan Hidup Rakyat;
b) Strategi 2: Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi Serta Usahawan di Selangor; dan
c) Strategi 3: Kawalan Kesihatan Untuk Mengekang Penularan Wabak.
2. Program Karnival Kerjaya yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pencari kerja di Negeri Selangor dengan sasaran sebanyak 25,000 peluang pekerjaan, sekaligus dapat mengatasi kadar pengangguran di negeri Selangor yang menjadi salah satu punca berlakunya masalah sosial yang semakin meningkat disebabkan pandemik covid-19.
3. Perkhidmatan kaunseling dan psikologi secara percuma kepada orang awam melalui Pusat Kaunseling Selangor (PKS) atau lebih dikenali sebelum ini sebagai ‘Talian Sahabat’ juga disediakan sebagai alternatif pemulihan. PKS ini diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan mendapat kerjasama daripada kaunselor sukarela yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. PKS ini beroperasi di Kompleks PKNS, Shah Alam;4. Menyediakan pusat atau rumah pemulihan untuk memberikan perlindungan, bantuan dan bimbingan secara langsung kepada pelatih serta memberi peluang kepada mereka untuk mengubah kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang;
5. Penyaluran dana berjumlah RM305,000 (tahun 2020 dan 2021) kepada pusat perlindungan dan pemulihan di Selangor bertujuan untuk pelaksanaan program-program pemantapan sahsiah diri dan minda serta menampung keperluan harian;
6. Program Amalan Mengikut Ajaran Rasulullah SAW (AMAR) dan Taklimat Undang-undang Jenayah Syariah yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan peserta dikalangan remaja;
7. Program Pencegahan Keparahan Sosial melibatkan remaja yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), bertujuan sebagai langkah pencegahan awal bagi membendung peningkatan masalah gejala sosial yang berlaku dikalangan wanita muda;
8. Program Pembentukan Dan Pemantapan Konsep Kendiri Remaja Melibatkan Pelatih Rumah Perlindungan bertujuan untuk memantapkan semangat motivasi dan jati diri remaja dengan penerapan elemen-elemen keagamaan dan kaunseling; dan
9. Pelaksanaan program Bual Bicara : Wira Muda Bebas Dadah secara online (webinar) merupakan rancangan bicara santai sembilan (9) siri program secara atas talian bertujuan untuk menyerlahkan potensi setiap individu generasi muda yang memberi fokus kepada elemen-elemen kreatif dan inovasi, seni / muzik, positif dan insklusiviti.
10. Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah melaksanakan Delivery Service dalam semua aspek dan mengadakan kerjasama dengan masyarakat serta pertubuhan melalui konsep Community Policing iaitu pendekatan pencegahan jenayah seperti Kor Kadet Polis, Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) melibatkan pelajar IPT iaitu dengan mengadakan ceramah berkaitan jenayah-
jenayah seksual dan lain-lain jenayah, dialog, riadah dan gotong-royong.Selain itu, IPK Selangor juga melaksanakan penguatkuasaan dengan membuat beberapa Operasi Rondaan seperti Op Benteng iaitu Penugasan Rondaan bersama Angkatan Tentera Malaysia (Joint Patrol) dan mewujudkan Polis Bantuan Kontinjen Selangor.
-
Berapakah kadar keberkesanan dalam menangani gejala sosial tersebut?
Kadar keberkesanan dalam menangani gejala sosial boleh dilihat melalui trend penurunan statistik jenayah indeks gejala sosial bagi tempoh 2020 dan 2021. Melalui laporan yang diperolehi daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati pengurangan kes iaitu sebanyak 14.61 % seperti berikut:
Secara keseluruhannya, terdapat penurunan sebanyak 2,519 kes di seluruh Selangor bagi tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.