Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
79) GEJALA MURTAD DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengenai gejala murtad di Negeri Selangor. Mengikut kenyataan akhbar YAB pada 22 Februari 2012 bahawa YAB ragu tentang wujudnya gerak kerja mengkristiankan orang-orang Melayu/Islam di negeri ini. Minta YAB Menteri Besar menjelaskan pandangan dan pendapat serta posisi yang di ambil berhubung dengan isu murtad di Negeri Selangor?
Dijawab oleh JAIS
-
Menjelaskan mengapa dalam kes DUMC YAB Menteri Besar terus membuat kenyataan memohon maaf kepada pihak gereja / Harapan Komuniti tanpa merujuk terlebih dahulu kepada mantan EXCO, MAIS dan JAIS?
Dijawab oleh Pejabat Menteri Besar
-
Apa pendapat YAB sendiri tentang terdapatnya anggota pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang cuba melindungi aktiviti mengkristiankan orang-orang Melayu/Islam di negeri ini?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.