Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

17) GEJALA MURTAD

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak Dakwaan berlaku gejala murtad dan gerakan untuk mengajak orang Islam meninggalkan agama tersebut yang serius. Apakah pendapat Kerajaan Negeri tentang gejala ini?

    Kerajaan Negeri melihat gejala murtad dan gerakan untuk mengajak orang Islam meninggalkan agama Islam adalah sesuatu perkara amat serius dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak terutama pihak-pihak yang ada autoriti. semua  pihak perlu mengambil peranan dan berusaha bagi membuang dan menghalang gejala ini daripada berterusan dan menjadi lebih parah.

    Gejala murtad dan gerakan mengajak orang meninggalkan agama Islam merupakan usaha pihak tertentu bagi memesongkan aqidah umat Islam dan ini adalah suatu perkara yang amat membimbangkan di mana ia membawa kepada umat Islam juah meninggalkan syariat Islam seterusnya menghina dan menjatuhkan maruah serta martabat Islam sebagai agama rasmi Negara sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) perlembagaan Persekutuan Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa berusaha melaksanakan beberapa program bagi membendung gejala, seumpama ini kepada semua lapisan masyarakat. di antaranya penganjuran seminar yang berbentuk keagamaan mengenai budaya dan ancaman gejala murtad dan masyarakat terutamanya kepada umat Islam.

  2. Nyatakan statistik kes murtad di Selangor dan statusnya sejak 2008 hingga 2011?

  3. Apakah Kerajaan Negeri serius menguatkuasakan enakmen-enakmen negeri yang mengawal pengembangan agama lain kepada orang Islam?

    Kerajaan Negeri serius menguatkuasakan enakmen-enakmen negeri yang mengawal pengembangan agama lain kepada orang Islam dengan menggunakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988. Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor khususnya sering menguatkuasakan Seksyen 4 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988

    iaitu:-

    • Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut sesorang yang berugama Islam-
    • Supaya cenderung kepada mana-mana ugama bukan Islam; atau
    • Supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana ugama bukan Islam; atau (c) Supaya meninggalkan atau tidak suka kepada Ugama Islam.
    • Seseorang yang melakukan kesalahan dibawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
    • Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan dibawah seksyen kecil (1) bahawa orang berugama Islam itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya.

    Bahagian Penguatkuasaan JAIS akan sentiasa memantau keadaan ini dan akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

Lampiran

Tiada Lampiran.