Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

151) GEJALA-GEJALA RASUAH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Pelapor bagi kes rasuah dan penyelewengan di dalam agensi Kerajaan Negeri Selangor berikutan adanya Program Perasmian Rasuah dan Penyelewengan?

    Bagi Program Perasmian Rasuah dan Penyelewengan Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan mana-mana NGO seperti Transparency International dan setakat ini belum menerima sebarang permohonan untuk dana tersebut.

  2. Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Program Perasmian Rasuah dan Penyelewengan di bawah Program Geran Selangorku?

    Aktiviti-aktiviti di bawah program ini akan dirancang bersama dengan NGO terbabit kelak.

  3. Adakah, mana-mana pelapor bagi kes rasuah dan penyelewengan ini diberikan ganjaran oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah program ini sebagai tanda terima kasih di atas sikap keprihatinan mereka di dalam membanteras gejala negatif ini?

    Perkara ini tertakluk kepada Jawatankuasa Pemandu untuk membuat cadangan, walaubagaimanapun adalah diharapkan agar rakyat ke depan membuat aduan berdasarkan kesedaran diri masing-masing tanpa bergantung kepada sebarang imbuhan.

Lampiran

Tiada Lampiran.