Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
205) GAZET TANAH UNTUK KETERJAMINAN MAKANAN (TANAMAN PADI)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengimbau soalan lepas mengenai pengazetan tanah untuk keterjaminan makanan iaitu tanaman padi, jawapannya tidak digazetkan. Justeru apakah strategi kerajaan negeri bagi menggantikan keluasan tanah-tanah padi yang telah digunakan untuk tujuan lain?
Libat urus dengan UPEN Negeri telah diadakan pada 12 Januari 2024. Keputusan sesi libat urus tersebut mencadangkan :
- Suatu akta khas diwujudkan sebagai punca kuasa untuk tujuan pewartaan jelapang padi yang terletak di bawah bidang kuasa negeri memandangkan akta sedia ada dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] tidak memperuntukkan untuk tujuan pewartaan di kawasan jelapang padi.
- Cadangan pewartaan jelapang padi akan dimasukkan dalam KAGUMN (Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara) yang akan di bentang dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada bulan April 2024 oleh PlanMalaysia yang dipengerusikan oleh YAB PM.
- Mesyuarat juga memaklumkan kepada setiap wakil PBN negeri yang terlibat agar memberi penekanan dan perhatian berkaitan teguran audit agar penukaran status tanah di kawasan jelapang dapat dikawal dan penglibatan agensi/jabatan yang berkepentingan dalam Rancangan Tempatan (RT) perlu dipergiatkan dan diperkasakan keterlibatannya.
- Pada 13 Disember 2023, KSU telah menghantar surat kepada SUK di 4 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor untuk mendapatkan Kerjasama Kerajaan Negeri untuk mengekalkan tanah pertanian dan mempertimbang pewartaan jelapang padi dalam perancangan tempatan.