Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
111) GAYA HIDUP SIHAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik pesakit akibat gaya hidup yang tidak sihat di Selangor?
- Mengikut Kajian Mobiliti Kesihatan Peringkat Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 didapati 52% penduduk Negeri Selangor adalah tidak aktif secara fizikal, 12% mengalami diabetes, 31% berlebihan berat badan dan 24% pernah
Pada tahun 2009 data-data yang diperolehi dari perkhidmatan saringan faktor risiko penyakit kardiovaskular yang dijalankan di Klinik-klinik Kesihatan dan Kem Kesihatan di Negeri Selangor menunjukkan 21% mempunyai tekanan darah tinggi, 15% mengalami diabetes, 21% berlebihan berat badan, 15% kolesterol tinggi dan 16% merokok.
-
Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk mengadakan program bagi mempromosikan gaya hidup yang sihat?
- Kerajaan telah berusaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan Gaya Hidup Sihat dengan melaksanakan Kempen Cara Hidup Sihat di Negeri Selangor. Kempen ini merangkumi 5 skop iaitu: Makan secara sihat, Tak Nak Merokok, Lakukan aktiviti fizikal, Jauhi diri dari minuman alkohol dan kesihatan mental yang baik.
Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah:-
- Untuk Program Outreach Kempen Cara Hidup Sihat, pada tahun 2009, sebanyak 36 program telah dilaksanakan di sekolah, 49 program dilaksanakan di tempat kerja dan 37 program dilaksanakan untuk komuniti. Program/ Kempen ini masih diteruskan pada tahun
- Mengadakan sambutan hari-hari khas kesihatan dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkenaan kepentingan Gaya Hidup Sihat.
- Mengadakan aktiviti Karnival dan Kem Kesihatan. Sebanyak 271 Kem Kesihatan yang telah diadakan pada tahun 2009. Aktiviti kem kesihatan ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan pada tiap-tiap
- Di klinik kesihatan, program saringan penyakit kardiovaskular untuk mengenal faktor risiko penyakit yang berkaitan gaya hidup sihat ini kepada komuniti termasuk program berhenti Program pengurusan berat badan juga ada dijalankan.
- Memberi kaunseling kepada pesakit dan ahli keluarga serta komuniti secara keseluruhannya mengenai gaya hidup sihat
Maklumat Tambahan
Masalah Kesihatan Negeri Selangor Kebangsaan Tidak aktif secara fizikal 52.1% 43.7% Diabetes 12.0% 11.6% Berlebihan berat badan 31.0% 29.1% Merokok (ever smoker) 23.6% 27% Jadual 1: Masalah Kesihatan disebabkan gaya hidup tidak sihat di kalangan penduduk Negeri Selangor.
Sumber: Laporan Kajian Mobiliti Kesihatan Kebangsaan (NHMS III), 2006 Jadual 2: Masalah Kesihatan disebabkan gaya hidup tidak sihat dikalangan
penduduk Negeri Selangor.
Masalah Kesihatan Tahun 2008 Tahun 2009 Hypertension 20.0% 21.4% Diabetes 10.0% 14.7% Berlebihan berat badan 20.0% 20.8% Merokok 14.0% 15.5% Hypercholesterolaemia 17.0% 14.7% Sumber: Reten Saringan Penyakit Kardiovaskular, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, 2008-2009
Program Mempromosi Gaya Hidup Sihat:
Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah:-
- Membudayakan amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat di Negeri Selangor dengan melaksanakan kempen cara hidup sihat di sekolah yang melibatkan pelajar dan warga sekolah, di tempat kerja yang mensasarkan pekerja agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Seterusnya, kempen untuk komuniti yang melibatkan masyarakat awam. Program ini merupakan program Outreach (temu seru) iaitu pihak kerajaan telah pergi kepada sasaran untuk melaksanakan Kempen Cara Hidup Sihat. Pada tahun 2009, sebanyak 36 program telah dilaksanakan di sekolah, 49 program dilaksanakan di tempat kerja dan 37 program dilaksanakan untuk Program/ Kempen ini masih diteruskan pada tahun ini.
- Mengadakan sambutan hari-hari khas kesihatan dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkenaan kepentingan Gaya Hidup Sihat. Pada tahun ini, sambutan hari khas kesihatan masih diteruskan. Sambutan hari-hari khas yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 adalah seperti di Lampiran A.
- Pihak kerajaan juga telah mengadakan aktiviti Karnival dan Kem Kesihatan. Pengisian aktiviti ini adalah pemeriksaan kesihatan, pameran, ceramah kesihatan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan Gaya Hidup Sihat. Pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengesan risiko penyakit yang dialami oleh individu. Sekiranya individu berisiko menghidapi penyakit seperti diabetis, jantung dan darah tinggi, mereka akan dinasihati untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang selanjutnya di Klinik Kesihatan. Pameran, ceramah dan lain-lain aktiviti pula lebih kepada meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan. Sebanyak 271 Kem Kesihatan yang telah diadakan pada tahun 2009. Aktiviti kem kesihatan ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan pada tiap-tiap
- Di Klinik-klinik Kesihatan dijalankan program saringan penyakit kardiovaskular untuk mengenal faktor risiko penyakit yang berkaitan gaya hidup sihat ini kepada komuniti termasuk program berhenti merokok. Program pengurusan berat badan juga ada dijalankan.
- Kaunseling kepada pesakit dan ahli keluarga serta komuniti secara keseluruhannya mengenai gaya hidup