Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

19) GAYA HIDUP AKTIF DAN SIHAT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif khusus yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat di kalangan penduduk di Negeri Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Kerajaan Negeri sentiasa menekankan kepentingan penjagaan kesihatan melalui amalan gaya hidup sihat dan aktif. Antara program berkaitan gaya hidup sihat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2020 adalah Program Slim Selangor.

    Melalui Program Slim Selangor, rakyat Negeri Selangor yang mempunyai masalah obesiti berpeluang menjalani program penurunan berat badan melalui aktiviti senaman yang dipantau oleh barisan jurulatih yang berpengalaman. Selain daripada aktiviti senaman, aspek pengambilan makanan yang sihat juga dititikberatkan di bawah Program Slim Selangor.

    Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Program Larian Menara (towerunning) yang dilaksanakan dengan kerjasama Malaysia Towerrunning Association (MTA). Melalui program larian menara ini, orang awam digalakkan melakukan aktiviti menaiki tangga sebagai salah satu usaha membantu mengawal masalah obesiti serta penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease). Program ini akan diperluas kepada kawasan perumahan kos rendah dan sederhana untuk menarik minat lebih ramai rakyat di kalangan berpendapatan rendah.

  2. Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan semua program yang telah dilaksanakan berkaitan gaya hidup sihat dan aktif daripada tahun 2020 sehingga kini?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Kerajaan Negeri sentiasa menekankan kepentingan penjagaan kesihatan melalui amalan gaya hidup sihat dan aktif. Antara program berkaitan gaya hidup sihat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2020 adalah Program Slim Selangor.

    Melalui Program Slim Selangor, rakyat Negeri Selangor yang mempunyai masalah obesiti berpeluang menjalani program penurunan berat badan melalui aktiviti senaman yang dipantau oleh barisan jurulatih yang berpengalaman. Selain daripada aktiviti senaman, aspek pengambilan makanan yang sihat juga dititikberatkan di bawah Program Slim Selangor.

    Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Program Larian Menara (towerunning) yang dilaksanakan dengan kerjasama Malaysia Towerrunning Association (MTA). Melalui program larian menara ini, orang awam digalakkan melakukan aktiviti menaiki tangga sebagai salah satu usaha membantu mengawal masalah obesiti serta penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease). Program ini akan diperluas kepada kawasan perumahan kos rendah dan sederhana untuk menarik minat lebih ramai rakyat di kalangan berpendapatan rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.