Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
150) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR DAN AIRBNB
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status pelaksanaan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar.
Kerajaan Negeri mengambil maklum sekiranya terdapat cadangan untuk membangunkan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar. Namun, perkara ini telah diteliti dan tiada keputusan untuk meneruskan cadangan ini. Ini adalah kerana asrama pelajar adalah dibenarkan di kedai pejabat sahaja dan perlu melibatkan perubahan material melalui proses permohonan Kebenaran Merancang.
-
Sila nyatakan status pelaksanaan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres untuk kegunaan AirBnB.
Kerajaan Negeri telah menyediakan draf Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial Di Bangunan Kediaman (Rumah Penginapan) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor dan masih dalam semakan lanjut mengambil kira input daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain di peringkat Kerajaan Persekutuan antaranya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta jabatan/ agensi di peringkat Kerajaan Negeri.