Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

99) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR/ AIRBNB

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah progres garis panduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama pelajar & Airbnb?

    Cadangan Garis Panduan Bagi Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial di Bangunan Kediaman (Rumah Penginapan) telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Bilangan 3/2020 pada 13 Oktober 2020. Draf akhir garis panduan tersebut sedang dalam proses pindaan lanjut oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) berdasarkan kepada ulasan pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor pada 25 Julai 2022 ke atas draf yang asal sebelum dikemukakan semula kepada pihak Kamar untuk semakan akhir dan seterusnya dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa yang terdekat untuk pertimbangan kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.