Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

91) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR/AIRBNB

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status garis panduan di atas?

    Cadangan penyediaan Garis Panduan Asrama Pelajar Negeri Selangor dan Garis Panduan Bagi Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial di Bangunan Kediaman (Rumah Penginapan) telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Bilangan 3/2020. Walau bagaimanapun, kedua-dua garis panduan tersebut masih belum siap sepenuhnya dan memerlukan maklum balas tambahan daripada pelbagai pihak. Oleh yang demikian, Garis Panduan ini dijangka dapat dimuktamadkan pada tahun 2022.

  2. Sila nyatakan pemenang-pemegang taruh yang telah dilibat dalam penghasilan garis panduan tersebut.

    Antara pemegang taruh bagi perancangan Garis Panduan ini adalah:

    • Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
    • Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.
    • Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor.
    • Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.