Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

52) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR/AIRBNB

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar / AirBnB.

    Jawapan bagi Sub Soalan A dan B:

    Pihak MBSA telah pun mengadakan beberapa siri mesyuarat penyelarasan teknikal yang telah diadakan bersama agensi berkaitan iaitu UPEN, Jabatan Tenaga Kerja, PLANMalaysia, MBPJ, MPSJ serta MPK pada 11 Oktober 2019 dan 15 Januari 2020. Perincian draf garis panduan ini akan dibincangkan semula dengan agensi yang berkaitan sebelum diangkat untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri untuk diterima pakai dan dikuatkuasakan.

  2. Sila nyatakan tarikh pelaksanaan Garis Panduan tersebut.

    Jawapan seperti di Sub Soalan A

  3. Sila nyatakan intipati Garis Panduan tersebut.

    Intipati hasil perbincangan mengesyorkan bahawa asrama hanya dibenarkan di kawasan perniagaan atau di kawasan plot kediaman yang kosong dan belum dibangunkan untuk tempoh sementara sehingga pembangunan yang sebenar dimajukan. Bagi kawasan kediaman yang telah diduduki adalah tidak dibenarkan bagi mengekalkan fungsi sebagai kediaman keluarga dan mengelakkan kacau ganggu kepada komuniti setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.