Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

229) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penggubalan garis panduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama pelajar?

    Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor telah menyediakan draf Garis Panduan Bagi Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial di Bangunan Kediaman (Rumah Penginapan) bersama-sama pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Namun, memandangkan terdapat perubahan dan perkembangan terutamanya perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan, draf garis panduan tersebut disemak semula untuk mengambil kira pemurnian dengan input-input yang diperolehi daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Walau bagaimanapun, draf garis panduan yang telah disediakan di peringkat Kerajaan Negeri dan draf garis panduan yang sedang dibangunkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan tidak hanya memfokuskan kepada pengubahsuaian rumah teres kepada asrama pelajar sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.