Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
269) GARIS PANDUAN PEMBESAR SUARA DI MASJID DAN SURAU
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri bagi penggunaan pembesar suara di masjid dan surau?
Panduan penggunaan pembesar suara tersebut terdapat dalam pekeliling rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung Arahan Menjunjung Titah Dulu Yang Maha Mulia Sultan Selangor Di Masjid Dan Surau Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 23 Oktober 2017. Ketetapan seperti dalam pekeliling rasmi tersebut menetapkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk kuliah/ ceramah/ tazkirah di seluruh Negeri Selangor hendaklah dihadkan di dalam bangunan masjid dan surau sahaja dan tidak di luar kawasan masjid kecuali laungan Azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Larangan ini adalah bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya. Panduan berkenaan seperti dilampirkan.
-
Apakah prosedur untuk orang awam membuat aduan terhadap penggunaan pembesar suara yang mungkin mengganggu kawasan kejiranan berhampiran?
Aduan mengenai penggunaan pembesar suara boleh disalurkan kepada kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah dengan menggunakan surat atau melalui email bpm@jais.gov.my atau melalui info@jais.gov.my.