Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

111) GARIS PANDUAN BARU PENDAFTARAN KILANG TIDAK SAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat kilang tidak sah di DUN Hulu Kelang?

    Terdapat kilang tidak sah di DUN Hulu Kelang seperti bengkel kenderaan, perusahan besi dan grill serta kilang perabot.

  2. Di manakah lokasi dan berapakah bilangannya jika ada?

    Lokasi bagi kilang tidak sah adalah berada Kampung Klang Gate, Jalan Hulu Klang, Kuala Ampang dan Kampung Genting Klang. Bilangan yang terlibat adalah 26 unit.

  3. Apakah perancangan Kerajaan untuk mendaftarkan kilang-kilang ini?

    MPAJ tiada perancangan bagi mendaftarkan kilang-kilang ini. Hal ini disebabkan luar zon industri (zon kediaman). Melalui program pemutihan kilang tanpa kebenaran Negeri Selangor, kilang-kilang yang berada di luar zon hanya diberikan lesen sementara bagi tindakan berpindah ke lokasi kilang yang di dalam zon industri dalam tempoh pemutihan yang dijalankan

Lampiran

Tiada Lampiran.