Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
129) GARIS PANDUAN BAHAWA KAWASAN PERUMAHAN GATED DAN GUARDED
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis panduan bahawa kawasan perumahan "gated dan guarded" harus memdapatkan persetujuan "consent" dalam peratusan (100%) daripada semua penghuni ?
Kerajaan Negeri mengguna pakai Pekeliling Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Bil. 1 Tahun 2016 – Garis Panduan Skim Perumahan Berpengawal (‘Guarded Community’) di Negeri Selangor bagi kawasan perumahan gated and guarded.
Pekeliling berkenaan menjelaskan dua (2) kategori gated and guarded yang memerlukan persetujuan penduduk seperti berikut:
- 75 peratus persetujuan penduduk bagi skim komuniti berpengawal yang menggunakan palang / boom gate secara manual; dan
- 100 peratus persetujuan penduduk bagi skim komuniti berpengawal yang menggunakan palang / boom gate automatik (kad akses).
-
Apakah rasional masih berpengang kepada garis panduan tersebut yang mana adalah mustahil untuk mencapai persetujuan daripada semua penghuni?
Pemakaian Pekeliling Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Bil. 1 Tahun 2016 – Garis Panduan Skim Perumahan Berpengawal (‘Guarded Community’) di Negeri Selangor adalah masih relevan dan wajar bagi menjamin kesaksamaan hak penduduk yang membuat bayaran untuk perkhidmatan berkenaan.
Persetujuan semua penghuni adalah diperlukan untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang akan timbul akibat ketidakpuashatian penduduk kerana penduduk yang tidak membayar caj perkhidmatan berkenaan turut mendapat kemudahan yang sama dalam kawasan perumahan tersebut.