Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

114) GARIS KEMISKINAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berniat untuk mengkaji semula garis kemiskinan Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat Seri Kembangan, Kerajaan Negeri Selangor mengguna pakai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi sebagai penanda aras bagi penentuan taraf hidup di negeri ini. Penanda aras tersebut adalah digunapakai untuk memberi definisi dan penentuan taraf Miskin dan miskin tegar di bandar dan luar bandar. PGK terbaru adalah berdasarkan kepada Banci Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas.

    Banci ini dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kekerapan dua kali bagi setiap lima tahun dan laporan yang terkini adalah bagi tahun 2022 yang telah diterbitkan pada Julai 2023. Pemakaian PGK tahun 2022 bermula pada 31 Januari tahun 2024.

  2. Memandangkan bahawa perbezaan kos sara hidup di bandar dan desa adalah besar walaupun kedua-dua tempat di dalam Selangor. Adakah garis kemiskinan baru akan ditetapkan mengikut status bandar atau desa?

    Untuk makluman Yang Berhormat Seri Kembangan, Kerajaan Negeri Selangor mengguna pakai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi sebagai penanda aras bagi penentuan taraf hidup di negeri ini. Penanda aras tersebut adalah digunapakai untuk memberi definisi dan penentuan taraf Miskin dan miskin tegar di bandar dan luar bandar. PGK terbaru adalah berdasarkan kepada Banci Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas.

    Banci ini dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kekerapan dua kali bagi setiap lima tahun dan laporan yang terkini adalah bagi tahun 2022 yang telah diterbitkan pada Julai 2023. Pemakaian PGK tahun 2022 bermula pada 31 Januari tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.