Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
178) GANJARAN RM 5000 UNTUK BANTERAS KEGIATAN CURI PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tujuan utama dan bilakah ganjaran RM 5000 untuk Pengerusi dan Ahli JKKK ini akan diimplementasikan?
Dijawab oleh PTG
-
Sila perjelaskan apakah melalui kaedah memberi ganjaran RM 5000 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli JKKK yang melaporkan kegiatan mencuri pasir dapat membendung kegiatan tersebut?
Dijawab oleh PTG
-
Sila nyatakan selain memberi ganjaran, apakah langkah-langkah komprehensif yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kegiatan curi pasir kian berleluasa?
Selain memberi ganjaran, langkah-langkah komprehensif yang telah dilakukan oleh
Pihak Berkuasa Negeri untuk menangani masalah kegiatan curi pasir adalah seperti
berikut:
(i) Mengadakan operasi statik di lokasi yang disyaki berlakunya kecurian pasir;
(ii) Mengeluarkan satu notis atas Borang 7A (pelanggaran syarat tanah) ke atas
mana-mana tanah yang didapati mengeluarkan pasir tanpa permit yang sah
di mana notis ini memerlukan tuan tanah untuk meremedi tanah kepada
keadaan asal. Sekiranya tuan tanah tidak mematuhi arahan meremedi tanah
tersebut, Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan Borang 7B dan
sekiranya aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah masih dijalankan setelah
siasatan dilaksanakan, Pentadbir Tanah hendaklah menyiarkan di dalam
Warta Notis mengenai penyitaan atas Borang 8A ;
(iii) Menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit
Bahan Batuan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah
berkaitan dengan pasir dan mempertingkatkan kemampuan Unit
Penguatkuasaan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor dan dianggotai oleh Pengarah Tanah dan Galian
Selangor, Pentadbir Tanah, Jabatan-Jabatan Teknikal dan KSSB.
(iv) Mengadakan rondaan / pemantauan secara berkala di kawasan yang disyaki
berlakunya aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah; dan
(v) Menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemantauan Permit Pasir yang
berfungsi memantau dari aspek teknikal terhadap keakuran pemegang permit
/ kontraktor dalam menjalankan aktiviti perlombongan pasir mengikut syaratsyarat dan kehendak Jabatan Teknikal yang berkenaan dan Pentadbir Tanah.