Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
101) GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kes aduan gangguan seksual, gurauan rogol serta lucah yang telah dilaporkan oleh penjawat awam di Selangor setiap tahun sejak 2018 mengikut tempat kerja dan pejabat masing-masing.
Berdasarkan statistik bagi tahun 2018 hingga 2021 yang diterima daripada Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, kes aduan gangguan seksual, gurauan rogol serta lucah yang telah dilaporkan oleh penjawat awam adalah seperti berikut:
Bil. Jenis Gangguan Bilangan Kes Mengikut Tahun 2018 2019 Tindakan Diambil 2020 Tindakan Diambil 2021 Tindakan Diambil
1. Gangguan seksual – i) Menyentuh pakaian Tindakan Tatatertib: Amaran – – i) 1 kes peluk Tiada dokumen lengkap sebagai bukti. Pelaku diberi nasihat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. – ii) Sengaja mendekati mangsa Tindakan Tatatertib: Buang Kerja – – ii) 15 kes video call seksual Pelaku telah meletak jawatan 2. Gurauan rogol – – – – – – – 3. Gurauan lucah – – 1 kes: Bercerita lucah Tindakan Tatatertib: Amaran – Justeru itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti Pesanan dan Taklimat Integriti dan Tatatertib bagi memastikan kesedaran yang tinggi berkaitan bahayanya gangguan seksual di tempat kerja dalam kalangan penjawat awam.