Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

105) GANGGUAN LALAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat gangguan masalah lalat terhadap penduduk berpunca dari kawasan ternakan ayam misalnya di Kampung Sesapan Batu Rembau dan Bandar Tasik Kesuma. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah?

    Kerajaan perihatin terdapat gangguan masalah lalat kepada penduduk yang berpunca dari aktiviti penternakan ayam. Sehubungan itu, kerajaan menerusi agensinya seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berusaha mengambil langkah-langkah yang perlu untuk megatasi masalah tersebut.

    Diantara langkah-langkah yang diambil termasuklah –

    1. Memperkenal serta menggalakkan penternak ayam mengusahakan penternakan ayam secara reban tertutup.
    2. Memperkenal serta menggalakkan penternak-penternak ayam menggunapakai mikroorganisma efektif atau dengan izin ’Effective Microbs’ (EM) pada air minuman, makanan serta semburan kepada reban dan najis ayam. EM bukan sahaja dapat menghindar pembiakan lalat malahan mengurangkan tahap pencemaran bau.
    3. Memberi khidmat nasihat serta membantu penternak ayam mengamalkan sistem pengurusan ladang ternakan yang baik berasaskan dengan izin ’Good Animal Husbandry Practice’ (GAHP) dalam semua aspek pemeliharaan ayam.

     

  2. Apakah garis panduan untuk pengusaha ternakan ayam bagi membendung masalah ini?

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyediakan garis panduan ’Amalan Penternakan Ayam Yang Baik’ atau dengan izin ’Good Animal Husbandry Practice’ (GAHP) ladang ternakan ayam untuk panduan pengusaha ternakan ayam. Garis panduan GAHP ini merangkumi semua aspek pengurusan ladang ternakan ayam, penjagaan kebersihan dan sanitasi ladang, biosekuriti, program kesihatan ternakan,  program kawalan makhluk perosak serta pengawalan sisa buangan atau kumbahan ladang.

    Sekiranya penternak ayam benar-benar mematuhi garis panduan GAHP serta mengamalkan sistem pengurusan ladang ternakan ayam yang baik berupaya mengawal infestasi dan pembiakan lalat di ladang.

     

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan sistem ternakan ayam berpusat?

    Buat masa ini, kerajaan negeri belum bercadang untuk mengadakan sistem ternakan ayam berpusat.

Lampiran

Tiada Lampiran.