Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

84) GANGGUAN BEKALAN AIR SECARA TIDAK BERJADUAL DI KG TASIK PERMAI, AMPANG: SUDAH BERPULUH TAHUN PENDUDUK KAMPUNG MENGHADAPI TEKANAN AIR RENDAH DAN GANGGUAN BEKALAN AIR SECARA TIDAK BERJADUAL, TETAPI TIDAK NAMPAK PENINGKATAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak AiS mempunyai jumlah aduan gangguan bekalan air secara tidak berjadual pada tahun 2018 hingga 2019 Sept di Kampung Tasik Permai mengikut categori: a. paip pecah, b. tekanan rendah, c. bagi perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan?

    Jumlah aduan gangguan bekalan air tidak berjadual pada tahun 2018 hingga September 2019 di Kampung Tasik Permai berdasarkan kategori aduan adalah seperti berikut :

    Kategori Aduan 2018 2019
    Paip Pecah 11 8
    Tekanan Rendah 42 24
    Kerja-kerja Penyelengaraan 1
    Jumlah 53 33
  2. Apakah tempoh hari gangguan bekalan air yang paling panjang di Kampung Tasik Permai dan tempoh pemulihan 100 peratus di site?

    Tempoh hari gangguan bekalan air yang paling lama di Kampung Tasik Permai dan tempoh pemulihan 100 peratus adalah seperti jadual di bawah:

     

    Bil Tarikh Tempoh

    Gangguan

    Tarikh ERP diaktifkan Butiran Gangguan
    1. 18.07.2019 12 jam Kejadian paip air pecah bersaiz 600mm (pihak ketiga di Jalan MRR2)
    2. 19.07.2019 6 hari 19.07.2019 Hentitugas SSP123-ERP ekoran insiden pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor.
    Jumlah Tempoh Gangguan 8 hari (mulai 18.7.19 – 25.7.19)
  3. Bagaimana Kerajaan Negeri dan Pihak Air Selangor akan meningkatkan perkhidmatan bekalan air serta mengurangkan gangguan bekalan air di Kampung Tasik Permai?

    Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan bekalan dan mengurangkan gangguan bekalan air disebabkan paip pecah di Kampung Tasik Permai, Air Selangor telah melaksanakan kerja-kerja penggantian paip berusia di kawasan Kampung Tasik Permai (Pakej 4B – Gombak) dengan kos berjumlah RM5.5 juta. Program penggantian ini telahpun siap dilaksanakan pada tahun 2017.

    Bekalan air ke Kampung Tasik Permai adalah melalui Kolam Menara Tasek Campuran dari sistem bekalan Booster Wangsa Maju. Buat masa ini, keperluan permintaan bekalan air di kawasan agihan pada waktu puncak telah melebihi pengeluaran. Selain itu, lokasi kolam ini juga berada di penghujung sistem bekalan Booster Wangsa Maju dan mengambil masa bagi meningkatkan paras kolam ketika berlaku insiden gangguan bekalan air tidak berjadual.

    Masalah ini akan dapat diatasi apabila Loji Langat 2 telah mula beroperasi, dimana perkhidmatan bekalan air dari Booster Wangsa Maju ke kawasan Ampang yang merangkumi kawasan Kampung Tasik Permai akan dapat dipertingkatkan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.