Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

77) GANGGUAN BEKALAN AIR SECARA TIDAK BERJADUAL DI KG TASIK PERMAI, AMPANG SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jumlah aduan gangguan bekalan air secara tidak berjadual pada tahun 2018 hingga Sept 2019 di Kg Tasik Permai mengikut kategori: i. paip pecah, ii. tekanan rendah, iii. bagi perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaran.

    Jumlah aduan gangguan bekalan air di Kg. Tasik Permai mengikut kategori adalah seperti berikut:

    No. Gangguan Tidak Berjadual 2018 2019
    (Jan-Sept)
    i Paip Pecah 6 6
    ii Tekanan rendah 23 26
  2. Tempoh hari gangguan bekalan air yang paling panjang di Kg Tasik Permai dan tempoh pemulihan 100 peratus di site.

    Gangguan bekalan air di Kg Tasik Permai berlaku selama 5 hari bermula pada 4 Februari 2020 sehingga 7 Februari 2020 berikutan berlakunya 5 insiden paip pecah di jajaran paip air masuk kolam sedut Kg Tasik Permai.

    Kerja-kerja pembaikan bagi setiap paip pecah telah dijalankan dengan segera. Walau bagaimanapun setelah pembaikan selesai, telah berlaku kejadian paip pecah yang lain di lokasi-lokasi berasingan, yang menyebabkan bekalan air ke Kg Tasik Permai masih tidak dapat dibekalkan. Pelan Tindakan Kecemasan telah diaktifkan. Bekalan air telah pulih sepenuhnya di Kg Tasik Permai pada 9 Februari 2020. Tempoh pemulihan 100% di tapak mengambil masa 48 jam.

  3. Bagaimana Kerajaan Negeri dan pihak Air Selangor akan meningkatkan perkhidmatan bekalan air serta mengurangkan gangguan bekalan air di Kg Tasik Permai?

    Air Selangor telah melaksanakan program penggantian paip di kawasan Kg Tasik Permai bagi mengatasi kekerapan paip pecah dan gangguan bekalan air. Terdapat 2 pakej dalam program ini di mana 1 pakej telah siap pada tahun 2017 dan 1 pakej lagi masih berjalan. Program ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2020.

    Selain dari itu, Air Selangor juga telah membuat penambahbaikan sistem dengan memasang injap bypass dan membuat pengagihan semula bekalan air ke kawasan Kampung Tasik Permai.

Lampiran

Tiada Lampiran.