Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
174) GANGGUAN BEKALAN AIR PADA APRIL 2017
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca insiden paip bersaiz 2050mm pecah berdekatan ELC International School, Jln Sierramas Barat Sungai Buluh yang menyebabkan gangguan bekalan air di 318 kawasan di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam bermula 27 hingga 29 April 2017?
Punca paip bersaiz 2050mm pecah adalah insiden disebabkan paip haus dan lusuh (wear and tear) akibat daripada pelbagai faktor, seperti komposisi tanah, tekanan bebanan dan usia paip.
Susulan insiden ini Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) pada 27 April 2017. Lebih 380 ribu akaun telah mengalami gangguan bekalan air dan kerja-kerja pembaikan telah di siapkan dalam tempoh 13 jam,
lebih awal daripada jadual asal, ia itu 48 jam