Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
209) GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAMAN MELAWATI ZON C, E, G
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca kerapnya berlaku paip pecah di zon-zon tersebut dan apakah langkah-langkah segera yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah yang selama ini membebankan penduduk?
Punca utama berlakunya kejadian paip pecah di kawasan Taman Melawati adalah kerana jajaran paip sediada dari jenis asbestos cement (AC) yang telah berusia. Bagi mengatasi isu paip pecah di kawasan ini, pihak kami telah mengambil tindakan berikut:
- Membuat pembentukan District Metering Zone (DMZ) bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air di dalam paip secara berterusan bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip pecah. Taman Melawati Zon C, E dan G adalah di bawah kawalan dua (2) DMZ berikut:
- GB.030 Kg Klang Gate
- GB.123 Taman Melawati
- Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip terlibat dikenalpasti dan disenaraikan di dalam senarai keutamaan penggantian paip di bawah program penggantian paip. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program penggantian paip bergantung kepada belanjawan yang diluluskan.
- Sekiranya paip pecah berlaku di luar kawasan DMZ, kajian dan perancangan akan dibuat bagi membentuk Pressure Management Zone (PMZ). Tujuan pembentukan PMZ adalah sama seperti DMZ, tetapi pada skala yang lebih kecil.